Wednesday, 20 March 2013

gambar sekadar hiasan
 
 
 

dada ayam black pepper


- 1 keping dada ayam di potong nipis
- 1/2sdb laha hitam biji ( tumbuk kasar)
- 2sdb sos tiram
- 1sdb kicap lemak manis
- 1sdt garam
- 1sdt tepung gandum


- 2cm halia muda hiris nipis

- 4ulas bawang merah kecik dipotong bulat
- 1ulas bawang holland potong bulat
- daun bawang potong panjang


cara cara

- gaul semua bahan bersama ayam...perap seberapa lama yg boleh
- panaskan minyak...masukkan bhn perap bersama halia...goreng hingga ayam masak
- masukkan bawang & daun bawang
- boleh angkat

gambar sekadar hiasan





Puding Kastard Jagung


Bahan2 :


1 tin cream corn

1cwn tpg kastard

 2cwn air

1/2 cwn gula(ikut kmanisan msg2)

1 tin susu cair

scubit garam


cara-cara:
Campurkan semua bahan2 ke dlm periuk,sentiasa kacau dlm 10 minit dgn menggunakan api sederhana.setelah puding agak2 berkilat dan pekat blh lah di simpan d loyang dan sejukkan.



gambar sekadar hiasan




Nasi Arab

Beras basmathi ( dibasuh dan ditos 20-30 min )
bawang putih dan besar
lada hitam biji
minyak sapi
kiub ayam
spageti angled

daun parsley ( jika suka )
air daging / kambing

ayam seekor
rempah tandoori atau ikut kesukaan

cara – cara:

panaskan minyak sapi.
masukkan bawang kecil dan putih yg ditumbuk ( jangan sesekali masukkan halia )dan lada biji ( jangan tumbuk )
tumis sampai wangi.
masukkan spageti .. goreng hingga betul betul coklat ( gelap ).
masukkan beras basmathi
goreng sekejap
masukkan air daging/kambing ( ikut sukatan )
kalau nak masukkan lauk air mesti lebih.. kalau tak, air sama banyak..
masukkan kiub ayam dan garam.
masak..

ayam.. dipotong ikut kesukaan.
beli apa apa rempah arab kat supermarket atau kedai arab..
dan bakar...


gambar sekadar hiasan





5 minutes Chocolate Chip Bread Pudding

Bahan:
Roti putih 8-10 keping di bakar dlm toaster sebentar
500 ml Susu cair
60gram gula perang
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
100 gram chocolate chips
1-2 sudu gula pasir untuk di tabur atas pudding

Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Sapukan loyang dgn butter dan alas loyang dgn baking paper.
2. Roti di potong kecil2 ( kalau nak, sy malas) dan di bakar dahulu supaya tidak terlalu lembik bila di rendam dgn bahan basah. Susun roti di dalam loyang berselang seli dgn taburan chocolate chips.
3. Satukan susu cair, telur, esen vanilla dan gula perang. Kacau hingga sebati dan tuang di dalam baking tray yg telah di susun roti. Tekan roti2 sehingga tenggelam dan serap semua bahan basah. Biarkan sekejap dlm 10 minit utk roti serap bahan basah.
4. Taburkan chocolate chips di atas dah gula pasir. bakar selama 35-40 minit.



gambar sekadar hiasan





Kentang Putar


6 biji kentang yang bersaiz besar.
2 sudu besar mentega
5 sudu besar susu segar
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.

Cara-cara :

1. Kupaskan kentang dan potong dadu. Rebus kentang letak sedikit garam.. Bila dah empuk, toskan air. Untuk mudahkan kerja, lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas.

2. Masukkan susu segar dan mentega. Gaul rata dan masukkan serbuk lada sulah.

Tambahan : Sekiranya nak rasa lebih lemak... Masukkan double cream atau whipping cream sebagai penambah rasa dalam kentang putar..

#Sos Kentang Putar#
Bahan-bahan :

700 ml air
1 biji bawang Holland (dadu)
1 batang saderi (dadu)
3 sudu besar serbuk Pati Ayam
2 kiub Pati Ayam Maggi
4 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada hitam

garam secukup rasa

Cara -cara :

Masak air dengan masukkan serbuk pati ayam, batang saderi dan bawang besar. Masak sampai mendidih. Renehkan sebentar dengan api perlahan selama 10 minit..biar air rebusan suam skit pastu kisar dlm blender.

Dalam periuk yang lain, cairkan mentega dalam api sederhana panas. Biarkan cair. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit. Kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk.. Pastikan api perlahan!

Tuangkan air rebusan perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Kacau sampai kuah menjadi likat.

Masukkan sos tomato dan sos tiram. Kacau sebati.

Masukkan kicap pekat. Tambah kicap sekira mahu kuahnya berwarna gelap.

Masak sehingga pekat. Rasa dahulu sebelum masukkan garam. Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan rasa yang sedia ada. Tak perlu tambah garam. Sekiranya mahu masin lebih. Baru tambahkan garam.

Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam. Kacau lagi sampai serbuk lada hitam sebati dengan kuah. Masa ni kalau nak kuah pekat. Kacau lama. Suka kuah cair. Boleh dah tutup api.